Friday, 13 May 2011

mari bersatu BUKAN hanya dgn bangsa tetapi dgn agama ISLAM jua !!!

Sabda Nabi SAW; Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur sama dengan Panji Hitam Dari Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur.Ia 2 perkara yang berbeza. 

Panji Hitam Ufuk Timur diasaskan oleh Gelanggang Pusaka Gayong Malaysia Gelanggang Gurun. Ia melambangkan kebangkitan pejuang Allah SWT akhir zaman dari timur. Ia satu simbolik perjuangan tentera Islam Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman!

Baik, di sini saya akan ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak terkalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknat yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.


Sabda Nabi Muhammad SAW; 

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Sabda Nabi Muhammad SAW, 

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.
(At-Tarmizi)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid


No comments:

Post a Comment